Trading platforms

Kami memastikan anda boleh memilih platform yang sesuai dengan keperluan dagangan anda. FXGlobe int. menawarkan platform perdagangan yang inovatif, namun mesra pengguna untuk memastikan anda dapat berdagang dengan mudah dari keselesaan kediaman anda atau di mana sahaja anda berada.

FXGlobe int. memahami bahawa setiap pedagang mempunyai keperluan spesifik dan tersendiri untuk perdagangan mereka. Mengambil kira perkara itu, FXGlobe int. telah menyediakan pelbagai pilihan platform perdagangan hanya untuk pedagang kami. Pilih antara tiga cara alternatif untuk berdagang forex dengan hanya satu klik.

LAMAN WEB

Menjadi salah satu pilihan kegemaran dalam kalangan pedagang, Web Trader kami dilengkapi dengan; ciri carta profesional, analisis teknikal, perdagangan satu-klik, kemas kini pasaran yang mudah diakses dan kalendar ekonomi. Anda tidak perlu memuat turun atau memasang apa-apa, bermaksud anda boleh mendapatkan akses dari mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

METATRADER 4

Berjuta-juta pedagang setiap hari memilih MetaTrader 4 sebagai platform pilihan mereka. Platform perdagangan desktop ini boleh digunakan oleh pedagang dari semua peringkat kemahiran. Ia menawarkan pemperibadian platform (termasuk penciptaan EA tersuai), pakej peralatan analisis yang hebat dengan analisis pasaran percuma, EA yang mahir dan pelbagai instrumen perdagangan yang lain.

PERDAGANGAN MUDAH ALIH

Adakah anda seorang peniaga yang sentiasa bergerak? Dengan memilih platform perdagangan mudah alih FXGlobe, anda boleh berdagang menggunakan pelbagai jenis peranti yang berbeza. Jejaki semua posisi terbuka anda, lihat carta, berita dan laporan melalui satu antara muka yang mudah.

MAC OS

Dengan FXGlobe, anda boleh menikmati platform perdagangan MT4 di Mac anda. Hanya muat turun MT4 kami untuk Mac dan jalankan MT4 sebagai aplikasi asal Mac. Sekiranya anda memerlukan bantuan lebih lanjut untuk memasang MT4 pada Mac anda, sila hubungi kami.

PLATFORM PERDAGANGAN SOSIAL

Bosan dengan ramalan pasaran? Ingin mengikut pedagang profesional dan mendapat keuntungan tanpa melakukan apa-apa? Kini anda boleh dengan FXGlobe int. Social Trading. Lihat, analisa dan ikut semua pedagang terbaik dengan hanya beberapa klik.