FX Globe – A no nonsense ECN broker

Bagaimana untuk berdagang CFD/Strategi

Apakah dagangan CFD?

Secara asasnya, sebuah kontrak bagi perbezaan (CFD) adalah sebuah kontrak di antara pelabur dan broker. Ia membolehkan para pedagang untuk membuat spekulasi pada kenaikan atau penurunan harga pasaran kewangan, seperti forex, saham, komoditi, dan indeks. Setelah kontrak tamat, kedua-dua pihak akan bertukar perbezaam harga pembukaan dan penutupan bagi instrumen kewangan khusus tersebut.

Manfaat dagangan CFD

Dengan dagangan CFD, anda boleh berdagang margin dan oleh itu boleh menjual jika anda menjangkakan harga akan turun, atau beli jika anda membuat spekulasi bahawa harga berkenaan akan naik. Dagangan CFD membenarkan anda untuk mengakses pasaran global tanpa perlu membeli aset setara dengan nilai penuh. Ini memberikan para pedagang kebolehubahan untuk berdagang pasaran menurun dan menaik, dengan peluang untuk melindungi terdedah risiko.

Berdagang dengan CFD bermakna bahawa bekerja pada perbezaan harga kontrak: peroleh untung atau rugi berdasarkan pada perbezaan di antara harga belian dan jualan yang setara, digandakan dengan nombor CFD.

Notis margin/keumpilan: disebabkan keperluan kawal selia keumpilan secara lalai bagi CFD adalah ditetapkan ke 1:50. Para pedagang akan mempunyai kelebihan untuk mengubahsuai keumpilan mengikut aras pengalaman mereka semasa proses pendaftaran.

Sebagaimana dengan derivatif dan instrumen yang lain, CFD adalah dianggap berisiko dan merupakan produk pelaburan yang kompleks. Adalah dicadangkan hanya untuk melabur jika anda sudah biasa dengan pelaburan dagangan dalam produk pelaburan margin dan juga hanya jika modal pelaburan yang anda sanggup rugi.

Strategi dagangan CFD

Dagangan tempoh-pendek

Strategi jenis ini menggunakan pergerakan harga pasaran yang minor. Posisi tempoh-pendek boleh berubah di antara beberapa saat, sehingga beberapa hari. Samada anda menggunakan posisi tempoh-pendek atau tempoh-panjang anda sepatutnya sentiasa mengambil kira pengurusan risiko bagi memastikan dagangan yang berjaya. Keseluruhannya terdapat 3 jenis strategi tempoh-pendek yang anda boleh gunakan untuk berdagang CFD. Ianya dinamakan, scalper, pedagang harian dan pedagang swing.

Scalping

Strategi ini melibatkan pelaksanaan beberapa dagangan melalui sesi dagangan dengan fokus harian tempoh-pendek. Tujuan strategi scalping adalah untuk mengaut keuntung kecil dari pergerakan harga kecil, secara kerap. Ia adalah penting untuk sentiasa melihat pada kalendar ekonomi bagi menangkap berita-berita yang baharu yang akan memberikan kesan pada dagangan scalp.

Dagangan swing

Dagangan swing adalah dengan menggunakan perolehan dari swing tempoh-pendek. Jika anda seorang pedangan swing anda akan memfokuskan pada tangkapan pergerakan harga tinggi dan rendah, kebiasaannya merangkumi beberapa hari ke beberapa minggu. Analisa fundamental juga boleh digunakan dengan strategi ini.

Dagangan harian

Terdapat beberapa strategi dagangan harian, tetapi kaedah berdasarkan tindakan-harga adalah ideal bagi prestasi tempoh-panjang. Kebiasaannya, dagangan harian adalah melibatkan mencairkan posisi sebelum dagangan ditutup, walaupun keadaan pasaran positif, anda boleh memegang posisi semalaman. Analisa teknikal adalah seringkali digunakan oleh pedagang harian untuk membuat keputusan, ditambah dengan acara-acara berita akan datang.